Sajaboring1
Tajuk:Alam melintasi manusia.
05 Januari 2123-Ruangan gelap,hawa dingin merangsang bulu roma-ku,sunyi sepi kecuali suara muzik latar belakang wayang kulit kedengaran,auditorium beribu kerusi namun hanya satu terisi-barangkali hanya aku seorang yang masih setia melihat pertunjukan wayang kulit di zaman moden ini.Oh aku terlupa,akulah yang membeli semua habis tiket opera semata-mata ingin berseorangan menikmatinya.Mungkin disebabkan aku yang terlalu tua -mudah terlupa akan sesuatu,nyanyuk.
Aku meminati,mungkin tidak,mungkin aku hanya merindui wayang kulit di kala aku masih dipimpin tanganku - masuk ke auditorium .Mungkin orang yang pernah mengenali aku melihat aku sebagai seorang tokoh jutawan yang gagah berani dan tidak pernah gentar dalam mengharungi cabaran.Namun,jauh disudut hatiku aku merindui hangatnya pelukan seorang ibu,lembutnya tangan seorang ibu dan manisnya senyuman seorang ibu.Didalam rindu,ku redhai pemergiannya-kerana sebaik-baik perancang adalah Allah yang maha esa.
Mungkin sebaik sahaja aku turut meninggalkan dunia yang kian merosak ini,tutuplah tempat pertunjukan ini,tidak mustahil -lenyaplah wayang kulit dari bumi Nusantara.Mengapa?bukankah ini adalah warisan kita,diturunkan oleh nenek moyang kita?bukankah tugas kita sebagai pewaris mengekalkannya?Pada zaman moden ini manusia lebih memilih untuk melihat persembahan dari dunia maya,katanya grafik hampir menyerupai realiti.Mengapa menghabiskan wang pergi melihat pertunjukan di auditorium,jika boleh dilihat dari televisyen,telefon pintar dan komputer.Ini adalah zaman revolusi teknologi dimana semua benua berlumba-lumba menyelusuri arus gelombang pemodenan .
Tanpa sedar,warisan budaya bumi Nusantara ini perlahan-lahan dimamah arus kemodenan.Benarkah lenyap lantas asbab pemodenan?Bukankah sifat manusia yang mudah lupa,leka,lalai menghapuskan sejarah asal sendiri?
Demi keinginan nafsu mencapai kemajuan teknologi maka warisan yang dianggap “lapuk” ditinggalkan tenggelam didalam arus kemodenan yang deras semata-mata tidak ingin digelar bangsa kolot dan purba.Sedangkan kehebatan kerajaan diukur daripada budayanya.Teknologi -kereta,kapal terbang,televisyen boleh didapati dimana-mana sahaja,bahkan teknologi diluar sana lebih canggih daripada apa yang dimiliki kita.Maka apa yang mau dibanggakan?inilah asbab anak-anak watan kita lebih berbangga dengan budaya luar.Kehebatan budayanya sendiri tidak…
(bunyi gamelan) dimulakan mengejutkan aku daripada lamunan ku yang panjang.
Lampu dibelakang pentas dipasang,membuatkan kain putih yang dibentang menjadi putih kejinggaan.Mataku yang sudah kabur dan tidak jelas mencari sebarang perubahan pada kain putih kejinggaan tersebut.
(pada kain putih kejinggaan )
Dalang-penggerak patung disebalik tabir menggerakkan patungnya.Dua bayang-bayang dari sisi perlahan-lahan menuju ketengah.Setelah sekian lama ku tatapi patung tersebut,barulah aku perasan bahawa satu daripada bayangan tersebut adalah patung berupa seorang perempuan-memakai gandik(sebuah aksesori adat Jawa).Satunya lagi adalah bayang-bayang seorang anak kecil.
(Dalang bercerita)
Suatu kala Suatu kala adanya seorang ibu dan anak tunggalnya hidup di sebuah kawasan terpencil.Hidup mereka sederhana,perut tidak pernah kekosongan al-hasil daripada kekayaan flora dan fauna hutan.Anak kecilnya dibesarkan dengan penuh kasih sayang.Kadang diajari anaknya ilmu mengira walau tidak berapa arif didalam pendidikan.Namun kebahagiaan dunia yang mana kekal…
(pada kain putih kejinggaan)
Dari sisi kain ku tatapi ada segerombolan bayang-bayang patung bergerak cepat kearah dua bayang-bayang patung tadi - seakan-akan mahu menghantam dua bayang-bayang awal.Salah satu bayang-bayang daripada kumpulan yang baru sahaja datang bergerak bahagian mulutnya.Didalam minda bawah sedar, aku bermonolog “apa yang ingin diperkatakan bayang-bayang ini,apakah mereka ini para khalifah atau mungkin anasir yang akan merubah hidup mereka” .Lenyap dibuai di dalam dunia bawah sedar,aku dikejutkan semula - suara Dalang yang lantang menusuk ke dalam salah satu pancaindera-ku.
(Dalang bercerita)
Maka suatu hari ditakdirkan sekumpulan bangsawan datang bertandang ke tempat mereka(ibu dan anak).Maka berkatalah seorang bangsawan(daripada kumpulan itu) kepada si Ibu , “Kamu berdua menetap disini?’. “Ya” jawab si Ibu. “Keluarlah kamu berdua dari kawasan ini,kerana kawasan ini akan saya majukan,bangunan-bangunan tinggi yang nantinya akan dicemburui seluruh manusia di pelosok dunia akan berdiri megah disini.”
Lalu jawab si Ibu,“Ini adalah tanah milik nenek moyangku,kau tidak memiliki sebarang hak untuk mengusir aku dan anakku dari sini”. “Sudahlah kau datang tanpa salam dan khabar,di manakah budaya santun mu? ”. “Terus kau usir kami dari tanah kami sendiri,beraninya engkau”
Sahut si Bangsawan “Saya lakukan sebegini bukan menuruti kepentingan sendiri tetapi demi kemajuan tanah”. “Enggan kau melihat anak cucu tanah air kita hidup dalam kemajuan?
Dengan tidak puas hati si Ibu menjawab “Jika kau mengusir kami, ke mana harus kami menetap?”. “Haiwan yang tinggal di sini,di mana mereka akan hidup?”
Balas si Bangsawan “Ah banyak bicara kau!”. “Sudah ku ucap baik-baik,kau balas dengan kedegilan kau”.
(pada kain putih kejinggaan)
Bayang-bayang yang tadinya hanya bergerak bahagian mulutnya mula bergerak.Kelihatan sekumpulan bayang-bayang(kumpulan si Bangsawan) mula bergerak laju ke arah dua bayang-bayang(si Ibu dan si Anak) lalu dipukuli mereka.Kemudian dengan cepatnya dua bayang-bayang (si Ibu dan si Anak) bergegas bergerak ke arah…
Kelopak mataku beras amat berat.Demi keinginanku yang masih mahu menyaksikan pertunjukan ini,sanggup aku tegangkan kelopak mataku.Realiti berkata lain,walau sekuat mana aku menahan diri ini nyenyak,lelah menyelubungi diri memaksa nyenyak.Mungkin faktor jasad terlalu lama berpijak di muka bumi ini.
Sekali lagi aku jatuh didalam dunia bawah sedarku…..atau lamunan?Sejauh manakah aku akan jatuh dibawah dunia bawah sedarku kali ini?Bilakah aku akan terbangun semula?Semua menjadi tanda tanya, membuatkan fikiran aku bercelaru.
Terlintas sebuah memori yang telah lama aku lupa dan tidak ku ketahui kewujudannya di dalam kotak fikiran.Sebuah memori yang tidak dapat ku ungkapkan sama ada ianya indah atau suram.
Tuk!Tuk!Tuk (bunyi ketukan pintu)
Aku bergegas menuju kearah pintu.Terpaksa aku jengketkan kakiku menggapai tombol pintu yang agak tinggi.Senyuman lebar terukir di wajahku tanpa aku sedari - melihat seorang lelaki yang aku tertunggu-tunggu penantiannya,Bapaku.Tangannya dibuka dengan luas .Aku terlompat gembira memeluknya dengan erat,mengubati kerinduan yang sudah lama kupendam.Sebulan,kadang berbulan-berbulan menunggu Bapaku pulang meninggalkan tempat kerjanya menjenguk kami.
Demikianlah Bapaku terlalu sibuk dengan pekerjaannya,seorang jurutera cemerlang yang membangun teknologi-teknologi di bandar metropolitan ini.Arus kemodenan yang deras mendorong Bapaku bertungkus lumus menaik taraf segala teknologi di bandar ini supaya tidak ketinggalan melangkah ke dunia masa depan.Terkadang aku menganggap alasan ini adalah asbab kepada Bapaku tidak dapat selalu bersama kami.Namun tidaklah aku mempersalahkan pemodenan kerana sedikit demi sedikit aku memperolehi kematangan fikiran-aku sedar bahawa pengorbanan tersebut tidak layak tetapi diperlukan untuk generasi yang mendatang.
Lenyap,kabur semula memori ini daripada ingatan-ku.Hilang semula bagai pelanduk terlepas ke dalam hutan tebal.Mahu diikat namun talinya terlalu usang….
Bap! “Oh,sorry Bang .Tak nampak” kata seorang remaja berpakaian hoodie dan seluar Jean setelah sahaja melanggar aku. “Lain kali tengoklah jalan betul-betul,bukan melayan smartphone kau tu” balas aku dengan nada yang sedikit tinggi.Aku sedikit kesal kerana remaja ini tidak memandang ke mana arahnya berjalan.Beruntung dia melanggar aku,jika orang bengis dan rendah kesabarannya dilanggar?Malang,barangkali buku lima terpaksa ditelan.
Aku menyambung langkah berpijak di lorong pejalan kaki yang sempit ini - dengan menggalas beg berisi pakaian - menuju ke destinasiku.Matahari terik ,membawa bahang panas membuatkan aku dahaga.Mujur sahaja bangunan-bangunan tinggi disekeliling memayungi aku.Resah jasad ini akan dilanda strok haba.Aku teringat akan berita semalam - mangsa strok haba kian meningkat akibat daripada suhu iklim yang semakin meningkat. Kotak fikiran ku mula aktif mencari jawapan akan perubahan drastik pada iklim.Pelbagai persoalan yang timbul di kotak fikiran ku.
Adakah ini berpunca daripada pemanasan global?Asap yang dilepaskan daripada kenderaan?Mungkin ada logiknya kerana pengeluaran dan penggunaannya yang semakin banyak.Industri,kilang-kilang yang semakin banyak dibangunkan?Mungkin jugan berolah reaksi bumi ini yang sudah tua,tidak mampu menahan perit diseksa oleh manusia.
Lama sudah aku mengorak langkah,tibalah aku di destinasiku,Lapangan Terbang Miri.Dalamnya dipenuhi dengan para pelancong dan pekerja yang bertugas menunjukkan suasana yang begitu sibuk.Dalam kesibukan dan kesesakan, mataku beralih kepada tingkap luas bertentangan dengan kaunter pendaftaran .Bas udara,berbentuk aerodinamik,bersayap, dihiasi logo lelayang merah biru logo Malaysia Airlines(MAS) pada ekor nya - baru sahaja berlepas meninggalkan daratan,mencium awan.Satunya-satunya ciptaan manusia yang aku kagumi hingga kini.Perjalanan yang mengambil masa berbulan-bulan melalui daratan dan lautan,disingkatkan dalam beberapa jam.Mungkin jika diizinkan ilahi umur yang panjang aku dapat menjadi penumpang kepada kapal terbang yang jauh lebih canggih,laju dan nyaman.Perjalanan kini yang mengambil masa berjam-jam,disingkat lagi menjadi hanya beberapa minit.Tidak mustahil, jika diambil kira pembangunan teknologi yang semakin…..
Mataku kembali terbuka,tiada yang dapat ku-lihat kecuali gelap gelita.Barangkali pertunjukan Wayang Kulit telah berlalu di kala aku berada di dalam duniaku sendiri…
-Tamat-
Comments
Post a Comment