Sajaboring1
Tajuk :Alam melintasi manusia. 05 Januari 2123-Ruangan gelap,hawa dingin merangsang bulu roma-ku,sunyi sepi kecuali suara muzik latar belakang wayang kulit kedengaran,auditorium beribu kerusi namun hanya satu terisi-barangkali hanya aku seorang yang masih setia melihat pertunjukan wayang kulit di zaman moden ini.Oh aku terlupa,akulah yang membeli semua habis tiket opera semata-mata ingin berseorangan menikmatinya.Mungkin disebabkan aku yang terlalu tua -mudah terlupa akan sesuatu,nyanyuk. Aku meminati,mungkin tidak,mungkin aku hanya merindui wayang kulit di kala aku masih dipimpin tanganku - masuk ke auditorium .Mungkin orang yang pernah mengenali aku melihat aku sebagai seorang tokoh jutawan yang gagah berani dan tidak pernah gentar dalam mengharungi cabaran.Namun,jauh disudut hatiku aku merindui hangatnya pelukan seorang ibu,lembutnya tangan seorang ibu dan manisnya senyuman seorang ibu.Didalam rindu,ku redhai pemergiannya-kerana sebaik-baik perancang adalah Allah ...